Pengenalan
Jabatan Pengurusan Fasiliti merupakan salah satu jabatan yang membentuk syarikat induk UUM Property. Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hartanah. Aktiviti utama jabatan ini adalah menguruskan hal-hal berkaitan hartanah UUM Property, pengurusan projek, pengubahsuaian premis dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Ditunjangi oleh kakitangan-kakitangan yang berdedikasi dan berkomitmen, jabatan ini akan terus merealisasikan objektif dan visi syarikat dalam mengharungi cabaran semasa dan akan datang.
Perkhidmatan

Pengurusan Hartanah
Menguruskan segala urusan hartanah UUM Property seperti Wisma Sri Muda, Kuala Lumpur, rumah sewa di Taman Universiti, unit pejabat dan dobi di sekitar UUM dan Sintok
Pengurusan Projek
Bertindak sebagai pengurus projek atau kontraktor bagi pembangunan-pembangunan hartanah baru milik UUM Holdings atau UUM mengikut kehendak klien
Sewaan Bangunan
Menyediakan kemudahan bilik seminar, pejabat persendirian, tempat letak kereta (basement) dan tapak pencawang/telco untuk tawaran penyewaan di Menara/Tower 2, Wisma Sri Muda Kuala Lumpur (UUMKL)
Pengurusan Hartanah Wisma Sri Muda Kuala Lumpur
Sewaan Bangunan Wisma Sri Muda Kuala Lumpur
Sewaan Bilik Mesyuarat
Sewaan Bilik Seminar
Sewaan Bilik pejabat